SOALAN LAZIM :

1. Adakah kusrsus kahwin ini hanya untuk warga Johor sahaja?

  • Kursus kahwin bersemuka terbuka kepada Warganegara Malaysia (semua negeri) dan bukan warganegara (mempunyai pasport). Sijil sah seluruh Malaysia.
  • Kursus kahwin Online hanya untuk peserta dari negeri yang menggunakan SPPIM sahaja iaitu Johor, Selangor, KL, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis sahaja.
  • Pejabat Agama dari negeri Sabah, Terengganu dan Perak tidak menerima sijil kursus kahwin online dari negeri lain.

2. Siapakah yang dapat pengecualian kursus kahwin ?

  • Lelaki/Perempuan yang akan bernikah kembali dengan pasangan sama
  • Janda kematian suami
  • Duda kematian isteri
  • Poligami
  • Janda berumur 45 tahun ke atas
  • Duda berumur 50 tahun ke atas

*Janda yang berumur 44 tahun ke bawah dan Duda umur 49 tahun kebawah yang bercerai hidup perlu kursus semula

3. Bilakah sijil kursus kahwin diterima ?

  • Kursus Kahwin Bersemuka : Sijil akan diserahkan kepada peserta sejurus setelah tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus.
  • Kursus Kahwin Online : 3 – 7 hari selepas kursus bergantung pada Kadi. Serahan sijil melalui Runner/Poslaju/ambil sendiri.

4. Apakah dokumen diperlukan semasa mendaftar kursus kahwin bersemuka?

  • Satu salinan fotostat kad pengenalan
  • Satu salinan fotostat pasport (Jika bukan warganegara)
  • Sijil Digital Vaksin (Lengkap 2 dos melepasi 14 hari)
  • Sekeping gambar berwarna berukuran pasport
    • Lelaki : Bersongkok (Jika tidak bersongkok pastikan rambut pendek & kemas)
    • Perempuan : Bertudung
    • Latar belakang gambar (background) bebas (Tidak ditetapkan warna tertentu)
  • Bayaran RM120 seorang / RM100 seorang (Bulan Puasa)
  • Salinan sijil perakuan memeluk islam (Jika ada pertukaran nama)
  • Salinan fotostat sijil kelahiran/surat beranak (Jika tiada ic)

5. Adakah sijil kursus kahwin boleh digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup) ?

  • Satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. sekiranya cerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin. Pengecualian hanya diberikan mengikut had umur.(Rujuk soalan No. 2)

6. Bolehkah mengambil kursus kahwin awal walaupun tiada pasangan ?

  • Kursus kahwin dibolehkan ambil awal kerana sijil kursus tiada tamat tempoh dan pastikan anda simpan sijil tersebut dengan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan / hilang.
Scroll to top